Thursday, July 14, 2011

kisah hati part 1~

Satu

"Isya!" Bacaan gadis berambut ikal itu terhenti tatkala namanya dipanggil. Dia mengangkat wajah bujur sirihnya itu. Sebuah senyuman menawan dihadiahkan buat sahabatnya, Lin. "Kau ni kan, memang saja je nak naikkan amarah aku tau tak? Puas aku panggil kau tapi kau asyik dengan buku tu je. Boleh aku tau buku apa yang kau syok sangat baca sampai kawan baik kau yang cun panggil ni kau tak perasan?" Sempat lagi tu nak puji diri sendiri Lin ni. Isya cuma menunjukkan barisan gigi nya yang cantik itu. Lin mengerutkan dahinya. "Hisy, gila ke apa kawan aku sorang ni? Aku cakap kau senyum je dari tadi. Dah bisu ke? Meh sini buku tu. " Lantas buku biru itu dirampasnya. Komik?? Tanpa memikir panjang komik itu terus dilemparnya jauh. Isya tergamam. "Woi, buku aku tu. Kalau ye pun bengang dengan aku jangan lah sampai komik aku jadi mangsa! " Bersuara pun minah ni. Lin tersengih. Isya segera mendapatkan komiknya.

Dalam masa yang sama. Papp! "Aduh!" Seorang lelaki mengutip komik yang terpelanting ke dahi nya sebentar tadi. "Kau tak apa-apa Syaz? Siapa yang gila campak komik kat sini? Hishh.." Bebelan Imran terhenti apabila seorang gadis comel berdiri dihadapan mereka. "So..so..sorry..tu komik ssaayaa.." Tergagap-gagap Isya bersuara. 'Comel nya minah ni.' Bisik hati kecil Syaz. Dia mengerling Imran disebelah yang sudah pun tersenyum kambing. 'Dah agak dah. Pantang nampak yang comel sikit mesti naik miang.' Syed Syazlan atau lebih mesra lagi dengan panggilan Syaz sudah menggeleng-geleng kepala melihat teman nya yang memang terkenal dengan perangai 'playboy'nya. "Komik awak?" Soal Syaz sambil mengangkat komik itu tinggi. Dia tersengih. "Err ya..Boleh pulang kan semula tak? "Pinta Nur Damia Farisya sambil tangannya cuba mencapai komik yang diangkat tinggi oleh Syaz. 'Hishh mamat ni kenapa angkat tinggi sangat? Tau la aku ni tak tinggi mana.' Gumam Isya. Syaz tersenyum geli hati. "Komik awak dah buat dahi saya bengkak. Nampak ni? So, sebagai ganti saya nak awak tolong saya." Kata Syaz sambil menunjukkan dahi nya yang merah. 'Alamak, cantik nya mata laki ni. Brown? Memang cantik.' Farisya cuba mengawal perasaan gementar nya apabila direnung oleh Syaz. 'She's pretty.' Bisik hati kecil Syaz. "Err bengkak? Kalau macam tu saya minta maaf tapi saya tak boleh tolong awak. Awak simpan je lah komik tu. Sorry. Bye. " Isya terus melangkah meninggalkan Syaz yang tergamam dengan jawapan Isya tadi. 'Aik, camtu je? Pehal?' Pelik. "Wei, kau nampak tak tu? Dia blah camtu je? Fuyyoo..Pertama kali terjadi ni..haha " Imran yang semenjak dari tadi memerhati mencelah. Pelik, selama ini pantang Syaz meminta apa-apa daripada mana-mana perempuan pasti akan dituruti mereka tapi tidak dengan gadis kali ini. Dia tersenyum. Menarik. Dalam diam Imran turut tertarik dengan gadis comel yang baru dijumpainya tadi. Syaz masih diam. Tergamam dan terpukau dengan senyuman Isya. Komik ditangan dibelek dan tidak lama kemudian dia tersenyum. Sebuah nama terukir cantik dia kulit komik itu. Nur Damia Farisya. Tulisan itu seindah orang nya. 'Semoga kita berjumpa lagi' Detik hati kecil Syed Syazlan.


Isya terus mendapatkan sahabatnya yang masih lagi membebel tanpa henti. "Kau pergi mana ha? Aku cakap ni kau buat tak tau je. Mana komik tadi? Bukan kau nak pergi kutip semula ke komik tu? " Lin memandang wajah sahabatnya. 'Ai, sejak bila member aku ni jadi pendiam? ' "Isya! Kau ada masalah ke ni? Napa kau senyap je dari tadi? Takut pulak aku." Lin duduk disisi Isya. "Aku ok lah. Jom lah balik, da lewat ni. Esok kan kita nak merayap?Heee.." Isya cuba menyembunyikan perasaan gementar nya. 'Mata coklat itu sungguh menenangkan nya. Semoga kita bertemu lagi.' Isya tersenyum sendirian... :)

Beg tangan kecil berwarna putih itu dicampak diatas tilam. Isya duduk meluruskan kakinya yang lenguh akibat terpaksa mengikut Lin bertawaf mengelilingi pusat membeli belah itu. Entah apa yang dicari nya pun dia tak faham. Isya melihat Lin yang sibuk membelek barang-barang yang dibeli nya tadi. 'Banyak betul belanja minah sorang ni..' Isya baring bagi menghilangkan penatnya namun tidak sampai 5 minit telefon bimbitnya menyanyikan lagu 'If' yang dinyanyikan oleh salah satu watak dari drama korea Dream High kesukaannya, Song Sam Dong. 'Siapa pulak yang mesej aku ni.' Dengan malas dia membaca sms itu. "B Ddol Chu?" Terkeluar panggilan yang diberikan kepada seorang yang pernah membuatkan diri nya terasa dihargai. Lin memandangnya. "Apa yang dia nak? " Soal Lin tidak berpuas hati. Dia tahu Farisya cukup lemah apabila berhadapan dengan lelaki itu walaupun sudah banyak kali dia melihat Isya menangis dan kecewa. " Kau tak payah gatal-gatal nak balas sms dia. Biar kan je. Pandai pulak dia cari kau. Selama ini dia layan kau endah tak endah je. " Teguran Lin mematikan niat Isya untuk membalas sms yang cukup didambakannya itu. Memang betul kata Lin, sudah-sudah la dia mendera hatinya sendiri. Kini Isya cuba untuk bangkit dan kuat dalam melawan permainan perasaan ini. Dia melangkah duduk disebelah Lin. Sebuah pelukan dihadiahkan kepada sahabat baiknya itu. Lin kaget. " Terima kasih Lin. Aku akan berubah. Aku bukan lagi Isya yang dulu, bukan lagi yang mudah untuk dipermainkan." Lin tersenyum. Dia turut memeluk Isya. "Aku tak mahu tengok kau pendam perasaan lagi, tak mahu tengok kau makan hati lagi, tak mahu tengok lemah lagi. Ok? Hwaiting Isya!"