
-28th of April 2011-
Lusa hari terakhir saya di Shah Alam..lots of thing happens around here and guess what..dengan segala yang berlaku tu terselit perasaan bersyukur kepada Nya..kenapa? sebab semua tu adalah ujian dariNya..dengan semua tu jugak lah saya semakin matang dalam membuat keputusan.. terima kasih Ya Allah.. :)
Sedih..ya, memang saya akan merindui bumi anggerik ni..terlalu banyak yang terjadi dalam masa saya menetap disini..berapa lama saya disini? almost 3 years kot..lame la jugak tu..heee~ well, lets start now..
1st of September 2008..tarikh keramat dimana saya pertama kali menjejakkan kaki di bumi Shah Alam ini and hari tu jugaklah hari pertama kami,umat islam, berpuasa..pertama kali berbuka sendirian dibilik yang begitu asing bagi saya memang sudah cukup menguji perasaan ini..menitis jugak lah air mata sewaktu mendengar azan maghrib menandakan sudah masuk waktu berbuka..teringat mak ayah dirumah..adik2 yang selalu menjerit memanggil kakak..ujian pertama dariNya setibanya saya disini sudah cukup mencarik-carik perasaan saya tika itu..sabar fau..itu hanyalah sampingan sahaja..
Hari-hari berikutnya saya ditemukan dengan sahabat2 seperjuangan yang datang dari pelbagai tempat..Alhamdulillah..kini saya tidak lagi berseorangan.. :)
Nurul Jannah..sahabat pertama saya kenal..terima kasih Jannah sebab sudi menjadi sahabat saya setelah semua yang kita lalui, awak masih sudi menjadi sahabat saya..seribu kemaafan saya pohon atas segala kesalahan saya terhadap awak..jika nak ditambah tolak segala nya, terlalu banyak salah saya pada awak..terlalu banyak saya menyusahkan awak..terima kasih Jannah.. :)
Nur Izzaty..ye, nama itu memang tidak asing lagi bagi saya..kerana dia saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih tenang dan bersabar dalam menghadapi segala dugaan..terima kasih awak..walaupun macam2 sudah terjadi, awak dan J masih sudi menerima saya sebagai sahabat..maafkan saya diatas setiap kesalahan yang telah saya buat pada kalian berdua..terima kasih Zaty.. :)
Then Siek Yen..kehadiran awak sebagai seorang sahabat, roomate dan jugak seperti kakak saya sudah cukup membuatkan saya rasa sedih tersangat untuk berpisah..segala budi baik awak dan perkongsian masalah selama kita tinggal bersama amat saya hargai sehingga ke hari ini..I really miss those moments with you..terima kasih Yen..:)
Marliana Shahidan..those sweet name suits you well..thanks for everything..maaf dipohon atas setiap kesalahan yang saya buat pada Ana..I really enjoyed those days when we shared a lots of crazy things..haha saya happy bersama kalian semua..terima kasih Ana..:)
''Mereka''..terima kasih diatas budi bicara kalian yang sangat baik..terima kasih kerana kalian berjaya menjadikan saya seorang yang kuat dalam menempuh ujian ini..dan terima kasih kerana telah menunjukkan siapa kalian yang sebenarnya dan terima kasih kerana kalian, saya berjaya keluar dari dunia 'naif' ini..terima kasih.. :)
"awak"..terima kasih kerana berjaya menceriakan hari2 saya walaupun untuk seketika..terima kasih kerana berjaya mencuri hati saya walaupun untuk seketika..dan terima kasih kerana membuatkan diri ini rasa dihargai walaupun untuk seketika..segala usaha awak memang berbaloi bila hati ni sedikit demi sedikit menerima kehadiran awak dan tahniah kerana berjaya membuatkan diri ini rasa seperti boneka yang tidak bernyawa dan tidak berperasaan..terima kasih awak..mengenali awak adalah satu anugerah yang cukup bermakna bagi saya..kerana awak, diri ini semakin mengenali kehidupan..semakin kuat untuk menempuh dugaan mendatang..terima kasih awak..semoga tiada lagi harapan untuk disandarkan kepada saya ye awak.. ;)
Fau, kuatlah dalam menempuh ujian dan dugaan yang mendatang..kata orang, Allah sentiasa menguji orang yang disayangiNya..tabah dan cekal lah wahai hati..semua ini ibarat satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik di masa akan datang..be strong fau..hwaiting! :)